Syarat Kemasukan Taska PERMATA KEMAS 2021

syarat kemasukan taska

Ibu bapa yang hendak menghantar anak-anak ke sekolah peringkat taska hendaklah mengetahui syarat kemasukan taska yang telah ditetapkan oleh kementerian dan jabatan. Ini bagi memudahkan urusan ibu bapa semasa membuat proses pendaftaran dengan melengkapkan dokumen yang diperlukan sebelum berurusan dengan jabatan berkenaan. Berikut kami kongsikan syarat kemasukan taska yang disenaraikan.

Syarat Permohonan Pelajar Taska

1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia sahaja.
2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.
3. Permohonan kemasukan ke Taska PERMATA KEMAS tahun 2021 akan dibuka mulai Jun hingga Oktober 2020.
4. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portak Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Taska PERMATA KEMAS.
5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
6. Nisbah seorang Pemaju Masyarakat adalah 5 – 6 orang kanak-kanak.
7. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke Taska PERMATA KEMAS yang berdekatan.
8. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
9. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat lewatnya pada minggu kedua bulan November 2020/2021.

Permohonan Guru Tadika KEMAS

Dokumen Yang Perlu Disediakan Semasa Pendaftaran

1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
4. Dua (2) keeping gambar kanak-kanak berukuran passport.
5. Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.