Soal Jawab i-Sinar FAQ i-SINAR KWSP Panduan Pengguna

soal jawab i-sinar

Melalui pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan program 1-Sinar KWSP sebagai inisiatif membantu para pencarum yang terjejas akibat Covid19. Sehubungan dengan itu, melalui program tersebut, kerajaan melancarkan mekanisme pelaksanaanya dengan institusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebagai agensi pelaksa menyampaikan bantuan tersebut. Berikut kami kongsikan sekilas soal jawab i-Sinar sebagai panduan pengguna.

Semakan Status i-Sinar KWSP
https://myeidos.com/semakan-pembayaran-i-sinar/

Sekilas Soal Jawab Mengenai i-Sinar KWSP

1. Apa itu i-Sinar?

  • i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

2. Apakah kriteria untuk memohon i-Sinar?

semakan status i-sinar

3. Bila dan bagaimana memohon i-Sinar?

  1. Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
  2. Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
  3. Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my

4. Apakah perkara penting yang perlu dilakukan sebelum memohon i-Sinar?

  1. Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
    1. Masih aktif
    2. Milik anda
    3. Bukan Akaun Bersama (Joint Account)

5. Bagaimanakah cara pencarum boleh menyemak baki simpanan akaun 1 pencarum?

  • Melalui Aplikasi atau Portal i-Akaun atau Cawangan atau kios KWSP.

6. Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar akan dibuat?

  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
  2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

7. Berapakah amaun kelayakan i-Sinar?

jumlah kelayakan i-sinar

8. Adakah i-Sinar yang telah dikeluarkan perlu dibayar semula?

Tidak perlu

9. Jika telah membuat pengeluaran i-Lestari, adakah boleh memohon i-Sinar?

Boleh

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.