Semakan Pembayaran Bantuan BPR Febuari 2021

semakan bantuan bpr

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan bantuan BPR bagi tahun 2021 kini dibuka. Butiran semakan kami kongsikan seperti di bawah. Pemohon yang telah membuat kemaskini serta permohonan baru BPR boleh membuat semakan untuk mengetahui status kelulusan. Adalah diingatkan bahawa semakan mestilah dibuat setelah tarikh rasmi semakan diumumkan oleh kerajaan.

Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000. Hanya kategori ini akan mendapat pembayaran pada Fasa Pertama BPR.

Jumlah Bayaran BPR Fasa Pertama 2021

Kategori Isi Rumah RM300
Bujang (Umur 21-59 Tahun) RM150
OKU (Umur 18-59 Tahun) RM150

Tarikh Pembayaran BPR Fasa Pertama 2021

Tarikh Pembayaran Dibuka Tarikh Pembayaran Ditutup
Hujung Febuari 2021

Klik Pautan Semakan Bantuan BPR Di Bawah

https://bpr.hasil.gov.my/account/Login.aspx

Kaedah Pembayaran BPR Fasa Pertama

Pembayaran Fasa Pertama adalah seperti berikut:

1. Berjaya kredit ke akaun bank.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan.

2. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0
adalah secara tunai.

Pembayaran secara tunai dilakukan sekiranya akaun bank pemohon tersalah semasa membuat pendaftaran. Pembayaran secara tunai juga dilakukan sekiranya pemohon sebelum ini menerima bayaran BSH 2020 atau BPN 2.0 secara tunai. Pemohon tidak boleh membuat kemaskini akaun bank setelah status kelulusan BPR dikeluarkan.

Sekiranya anda ingin membuat sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi nombor dan alamat pihak agensi berikut;

Hotline BPR LHDNM: 1 800 88 2747

Hotline BPR MoF: 03 8882 4565 / 03 8882 4566

e-Mel: bpr@treasury.gov.my

Alamat: Sekretariat BPR,Pejabat Belanjawan NegaraKementerian Kewangan Malaysia(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya


Penerima BPR sehingga umur 65 tahun secara automatik akan dilindungi di bawah skim MySalam dengan manfaat seperti berikut:

● Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali gus apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal; dan
● Pendapatan gantian elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di
mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Pengajar dan Hospital Angkatan Tentera.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim mySalam, sila layari www.mysalam.com.my atau emelkan kepada
info@mysalam.com.my serta menghubungi talian mySalam di 1-300-888-938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

BERKAITAN: Panduan Pendaftaran BPR Secara Online

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.