Punca GKP Tidak Lulus RM3000 GKP 2.0 GAGAL

punca gkp tidak lulus

Geran Khas Prihatin merupakan satu inisiatif kerajaan dalam membantu peniaga kecil yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid19 dalam negara ini. Apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, aktiviti perniagaan telah terhenti serta merta. Hampir semua bentuk perniagaan kecil telah hilang punca pendapatan disebabkan penduduk dalam negara tidak lagi dapat melakukan pergerakan harian seperti sedia kala. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan GKP sebagai satu langkah memberi nafas kepada peniaga yang terjejas untuk beroperasi semula. Kini, kerajaan telahpun melaksana GKP 2.0 hanya bagi tahun 2020 sahaja. Setelah semakan GKP 2.0 pada 27 November dikeluarkan, ramai yang mengeluh apabila gagal mendapat GKP seperti yang diharapkan. Mungkin ramai yang keliru dan tidak tahu punca GKP tidak lulus terutama apabila dalam semakan online hanya kod alasan yang dikemukakan. Berikut kami kongsikan senarai punca kegagalan GKP mengikut kod alasan.

punca gkp tidak lulus

Tarikh Rayuan GKP 2.0 Secara Online

Tarikh Rayuan Dibuka Tarikh Rayuan Ditutup
7 Disember 2020 21 Disember 2020

Permohonan Rayuan GKP 2.0 bagi peniaga kecil yang gagal boleh dibuat mulai 7 Disember sehingga 21 Disember 2020. Rayuan hendaklah dibuat di pautan yang disediakan dan tidak ada borang manual dikeluarkan bagi peringkat rayuan tersebut.

Cara Membuat Rayuan Rayuan GKP 2.02

Bagi mengetahui lebih lanjut punca GKP tidak lulus ikuti pautan yang disediakan berikut Kod Alasan Gagal GKP 2.0

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 2.0 boleh hubungan Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara)

Bantuan Prihatin Rakyat ganti BSH

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.