Permohonan i-Sinar KWSP Secara Online Dibuka Hari Ini

permohonan i sinar

i-Sinar KWSP merupakan inisiatif kerajaan kepada pencarum yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban pencarum yang kehilangan punca pendapatan. Kerajaan telah memberi kelonggaran pengeluaran wang caruman penyimpan bagi membolehkan mereka mempunyai kuasa beli di saat sukar menghadapi kesan ekonomi daripada pandemik. Permohonan i-Sinar mulai dibuka hari ini yang bakal dinikmati oleh hampir 8 juta pencarum seluruh negara.

Butiran Permohonan Online i-Sinar KWSP

Tarikh Permohonan Dibuka Tarikh Permohonan Ditutup
21 Disember 2020 3 Januari 2021

Permohonan yang dibuka mulai 21 Disember adalah bagi kategori 1. Manakalah bagi pemohon kategori 2 akan dibuka pada 11 Januari 2021.

Semakan status permohonan bagi kategori 1 akan mula dibuat pada 4 Januari secara talian online. Pautan semakan akan disediakan pada tarikh tersebut.

Sistem permohonan secara talian online boleh dirujuk melalui pautan i-Sinar Online dan langkah-langkah serta butiran ada disediakan.

BERKAITAN: Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.