Permohonan Guru KEMAS Sesi Kemasukan 2021

permohonan guru kemas

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mempelawa kepada seluruh warga Malaysia yang mempunyai minat dan kelayakan untuk memohon menjadi Guru Tabika KEMAS di setiap negeri. Melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, KEMAS membuka permohonan kepada individu yang berkelayakan untuk menjadi warga pendidik.

Pemohon hendaklah mempunyai ciri dan menepati syarat permohonan Guru Tabika KEMAS seperti yang ditetapkan oleh KEMAS. Bidang dan sijil yang sesuai menjadi syarat keutamaan dalam proses penapisan permohonan. Justeru, graduan yang mempunyai sijil yang bersesuaian adalah digalakkan membuat permohonan bagi mengisi kekosongan yang ada.

Berikut Adalah Syarat Permohonan Guru Tabika KEMAS

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon memiliki sekurang-kurangnya sijil Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dari mana-mana institusi tempatan yang diiktiraf kerajaan dan mempunyai MQA. Pemohon yang memiliki sijil ini akan diberi keutamaan.
  • Pemohon memiliki sekurang-kurangnya sijil Diploma dari mana-mana institusi tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan dan mempunyai MQA atau
  • Pemohon memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan
  • Pemohon sekurang-kurangnya memperoleh kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Cara Membuat Permohonan Guru Tabika KEMAS

  • Muat turun borang permohonan KEMAS SPAKK PIN.2017
  • Lengkapkan borang permohonan dan sediakan senarai dokumen yang diminta;
  • syarat permohonan guru tabika kemas
  • Borang dan dokumen yang lengkap hanya boleh dihantar terus ke pejabat KEMAS terdekat di setiap negeri atau cawangan kekosongan yang diiklankan.
  • Berikut adalah alamat pejabat KEMAS setiap negeri.

Proses Tapisan Kelayakan Guru Tabika KEMAS

  • Pemohon yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga KEMAS.
  • Pemohon yang tidak mendapat sebarang maklum balas selama tiga (3) bulan selepas tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya.
  • Pemohon yang telah menjalani temuduga akan dihubungi semula sama ada berjaya atau tidak mengikuti kursus pendidikan awal kanak-kanak.
  • Pemohon yang lulus temuduga akan menjalani kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) selama 6 bulan (bagi pemohon lepasan diploma pelbagai jurusan) dan 3 bulan (bagi pemohon lepasan diploma pendidikan awal kanak-kanak).
  • Pemohon yang lulus kursus SPAKK sahaja yang layak dipertimbangkan untuk dilantik menjadi Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (TABIKA/TASKA) Gred S29 kontrak.

Info lanjut permohonan Guru Tabika KEMAS

Semakan Status Permohonan Guru Tabika KEMAS

*maklumat di atas adalah garapan daripada laman rasmi KEMAS dan segala perubahan adalah tertakluk kepada maklumat semasa.

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.