Kira-kiran 440000 pekebun kecil dan penoreh getah di Malaysia bakal menikmati Bantuan Musim Tengkujuh yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerusi pembentangan Bajet 2017 tahun lalu. Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dibuat menerusi talian online.
Butiran Permohonan BMT 2020-2021
Tarikh Permohonan Dibuka | Tarikh Permohonan Ditutup |
Oktober 2020 | November 2020 |
Syarat Kelayakan Membuat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Merupakan pekebun kecil
- Pemilik dan pengusaha tanah
- Mempunyai tanah kebun
- Telah mendaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
- Mempunyai kad permit pengesahan transaksi getah (PAT-G)
Pemohon yang membuat pendaftaran atas talian online hendaklah memuat naik resit sah terkini. Berikut adalah contoh resit sah yang perlu dimuat naik sebagai bukti pemohon adalah berkelayakan mendapatkan bantuan.
Panduan Permohonan BMT Secara Manual
Muat turun borang daripada Lembaga Getah Malaysia atau dapatkan melalui pejabat LGM terdekat.
Borang Manual Permohonan BMT | >>>MUAT TURUN |
Isi borang dengan lengkap kemudian hantar ke pejabat Lembaga Getah Malaysia yang terdekat. Sertakan salinan dokumen seperti berikut:
- Salinan buku akaun bank
- Salinan kad PAT-G
- Resit rasmi penjualan getah
Semakan Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh
http://bmt.lgm.gov.my/home/review |
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi ke talian berikut:Pemohon yang berjaya akan diberikan bantuan sebanyak RM200 sebulan bermula November 2017 hingga Januari 2018.
BMT Hotline: 1-800-88-84-74