Melalui pengumuman khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin pada 18 Januari 2021, kerajaan bersetuju untuk membelanjakan sebanyak RM15 bilion untuk satu lagi pakej bantuan iaitu Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). Di bawah pakej ini, kerajaan merancang pelbagai inisiatif bagi membantu golongan yang terjejas akibat Covid19 yang masih mengesan kehidupan rakyat. Salah satu inisiatif tersebut ialah pembayaran GKP tambahan kepada penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0
Golongan Yang Layak Menerima GKP Tambahan
- Penerima GKP 1.0
- Penerima GKP 2.0
- Penerima GKP rayuan
GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini. GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.
Jumlah Pembayaran GKP Tambahan
Amaun bantuan GKP Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:
1. PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Zon Merah menerima – RM1,000
- Selangor
- Sabah
- Pulau Pinang
- Melaka
- Johor
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya
2. PKS mikro bagi lain-lain negeri menerima – RM500
Tarikh Pembayaran GKP Dibuka
Tarikh Pembayaran Dibuka | Tarikh Pembayaran Ditutup |
Mac 2021 | Mac 2021 |
Tarikh pembayaran yang lebih khusus akan dimaklumkan setelah kerajaan membuat pengumuman secara rasmi.
Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini. Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.
Sistem Semakan Pembayaran GKP Tambahan
https://gkp.hasil.gov.my/ |
Semakan GKP tambahan boleh dibuat melalui pautan di atas.