Mengenai BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) Fakta dan Sejarah

mengenai bpr 2021

Setiap negara ada kerajaanya dan setiap kerajaan ada dasar pentadbiranya tersendiri. Malaysia merupakan negara yang aman dan makmur. Dalamnya diduduki berbilang bangsa. Masyarakat majmuk, hidup harmoni walau dalam pelbagai agama dan etnik, keamanan dan ketaatan bernegara terus dikekalkan. Apa yang penting ialah, dasar negara itu akan menentukan pembentukan negara bangsa khususnya mengenai halatujunya. Salah satu inisiatif yang pernah dilakukan oleh kerajaan Malaysia ialah pemberian pelbagai bantuan untuk rakyat. Mengenai BPR, ia adalah Bantuan Prihatin Rakyat yang asasnya telah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Dato, Seri Najib Bin Razak.

Sejarah BPR bermula daripada ilham bekas perdana menteri tersebut semasa pembentangan bajet 2012. Pada masa tersebut, ia dinamakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan ia mula dilaksanakan pemberianya pada Januari 2012. Ia juga merupakan sebahagian daripada inisiatif 1Malaysia yang menjadi wawasan Dato Seri Najib. Pemberian awal masa itu mula dilaksanakan dalam bentuk baucer. Agensi yang terlibat dalam pengagihan tersebut adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pemohon yang layak dan lulus akan menuntut baucer tersebut di kaunter atau KIOS yang disediakan oleh LHDN. Baucer tersebut kemudian ditukarkan dalam bentuk wang tunai di bank yang tersenarai. Ketika awal pelaksanaan BR1M, ia ditukar di kaunter bank BSN. Ada juga terus diberikan dalam bentuk tunai.

Berikut Adalah Jadual Rekod Bayaran BR1M 2012 – 2017

mengenai bpr dan sejarah br1m

BR1M Ditukar Kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat

Apabila tamat Pilihanraya Umum ke-14, Kerajaan BN ketika itu telah tumbang dan janji untuk meningkatkan bantuan BR1M yang diumum oleh Dato Seri Najib Razak tidak dapat ditunaikan. Pakatan Harapan telah menerajui kerajaan dan membentuk kabinet. Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri oleh YDPA. Namun yang menariknya, bantuan BR1M tetap diteruskan. Penjenamaan telah dilakukan, daripada BR1M kepada Bantuan Sara Hidup (BSH). Manakalah jumlah dan kategori serta mekanismenya ada sedikit perubahan. Sistem permohonanya lebih bersasar kepada golongan B40. Agensi yang terlibat diaktifkan disemua peringkat agar proses permohonan dapat dijalankan dengan lebih telus. Ia bagi mengelak pemberian wang bertindih atau pemberian wang tidak mengikut kategori yang tepat.

bsh 2019

Apa yang lebih menarik, BSH ini telah ditambah satu kategori khas iaitu anak bawah 18 tahun akan mendapat tambahan sebanyak RM120 seorang dan sehingga maksimum 4 orang anak. Namun BSH bagi kategori bujang telah dihadkan syaratnya kepada golongan bujang B40 berpendapatan RM2000 ke bawah dan berumur 40 tahun ke atas atau bujang dari golongan OKU dengan jumlah bantuan sebanyak RM200.

BSH Ditukar Kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Pembentangan Bajet 2021, oleh Menteri Kewangan yang baharu iaitu Tengku Zafrul setelah kerajaan baharu dibentuk melalui satu koalasi mengejut di penghujung Febuari 2020 mengumumkan BSH dijenamakan semula dengan nama Bantuan Prihatin Rakyat. Ia adalah inspirasi Perdana Menteri yang baharu iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin bagi menghadapi pandemik Covid19.

pembayaran bpr 2021

Berbeza dengan BSH, BPR telah menurunkan umur kategori bujang kepada 21 tahun ke atas dan menambah jumlah bantuan kepada RM350. Manakalah kategori isi rumah seperti yang ditunjukkan di atas, pendapatan RM2500 ke bawah akan diberikan sebanyak RM1200 dan sekiranya mempunyai lebih 2 orang anak akan diberikan sebanyak RM1800 keseluruhan. Kemudian begitulah seterusnya, isi rumah yang mempunyai lebih dua orang anak akan diberi bantuan masing-masing sebanyak RM1200 bagi kategori isi rumah RM2501 – RM4000 dan sebanyak RM750 bagi kategori isi rumah RM4001 – RM5000. Sekiranya kategori isi rumah tidak mempunyai lebih 2 orang anak akan diberikan RM800 dan RM500 masing-masing.

Sekiaranya anda ingin lebih tahu lanjut mengenai BPR boleh layari ke pautan Permohonan BPR 2021 untuk mendapatkan maklumat, syarat dan kaedah permohonan.

Itulah sejarah mengenai BPR yang kini digunakan sebagai program bantuan kepada rakyat. Ia tetap diteruskan walau telah berkali kerajaan berubah. Apa yang bermanfaat untuk rakyat memang wajar diteruskan lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid19 masih memberi kesan buruk kepada pendapatan rakyat.

BERKAITAN: Permohonan i-Sinar 2021

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.