Live Pengumuman PM Pakej Bantuan Khas 18 Januari 2021

live pengumuman pm pakej bantuan khas

Sekali lagi kita akan saksikan secara langsung Perdana Menteri akan muncul di kaca televisyen untuk membuat pengumuman khas kepada seluruh rakyat Malaysia. Live pengumuman PM kali ini akan dibawa terus secara perdana di seluruh negara. Pengumuman yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin adalah berkenaan Pakej Bantuan Khas tahun 2021. Ia terutamanya apabila rakyat menantikan khabar terkini mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), i-Sinar kategori 2, bonus kakitangan awam dan pencen dan sebagainya. Diharap kita meneliti dan bersabar akan setiap maklumat yang akan disampaikan oleh PM petang ini.

Butiran Live Pengumuman PM

Tarikh: 18 Januari 2021

Masa: 4:00 Petang

Tempat: TV3, BTV, RTM, ASTRO AWANI

Siaran Langsung Pengumuman Khas Perdana Menteri


Setelah perutusan khas PKP dan pengumuman khas darurat, kini PM akan muncul untuk membuat pengumuman khas berkenaan Pakej Bantuan Khas kepada seluruh warga Malaysia. Pakej bantuan ini dijangka sesuatu yang baru susulan pelaksanaan akta darurat di seluruh negara. Diharap pakej ini akan memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang terjejas akibat PKP Covid-19

Pautan berkaitan

 

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.