Iklan Pengambilan Jururawat Gred U29 Kekosongan 2021

iklan pengambilan jururawat

Susulan pengumuman Perdana Menteri pada 18 Januari 2021, kerajaan telah melancarkan satu lagi inisiatif bagi mendepani krisis kesihatan negara iaitu pakej bantuan khas PERMAI. Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) akan dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM15 bilion khas untuk membantu memulihkan ekonomi tempatan dan membantu rakyat yang terus terkesan dengan pandemik Covid-19. Dalam pengumuman tersebut, salah satu insiatif kerajaan ialah membuat pengambilan seramai 3500 jururawat untuk menampung tugas frontliner semasa dengan peruntukan tambahan melibatkan sebanyak RM150 juta. Oleh itu, KKM telah mengeluarkan iklan pengambilan jururawat bagi Gred U29 untuk mengisi kekosongan tahun 2021.

Butiran Iklan Pengambilan Jururawat Gred U29

JAWATAN GRED GAJI ELAUN
KOTRAK U29 RM 1797.00

ITKA: RM160

ITP: RM300

BSH: RM200 – RM300

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 45 tahun.
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.
  3. Memiliki Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
  4. Memandangkan pengambilan ini adalah kontrak jangka pendek (1 tahun) sebagai petugas kesihatan bagi membantu dalam menangani wabak COVID19, calon hendaklah mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak berisiko seperti mengandung, tiada masalah kesihatan kronik seperti penyakit jantung, Asthma, Chronic Obstructive Airway Disease (COAD), Diabetes Mellitus (DM), Hypertension (HPT) dll., tiada kecacatan mental atau anggota badan, tidak mempunyai penyakit berjangkit dan sebagainya.
  5. Sedia menyumbang perkhidmatan di mana-mana fasiliti hospital atau klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara yang melibatkan pelbagai kategori pesakit termasuk pesakit COVID-19.
  6. Sedia bertugas secara bergilir (syif)/ lebih masa / luar waktu pejabat, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am mengikut keperluan.
  7. Lulus tapisan panel temuduga dari pihak KKM.

Cara Membuat Permohonan

Tarikh Pengambilan Dibuka Tarikh Pengambilan Ditutup
13 Januari 2021 19 Januari 2021

Permohonan hendaklah memenuhi syarat yang dinyatakan di atas. Permohonan dibuat hanya melalui atas talian online di pautan yang disediakan di bawah. Permohonan akan ditutup pada 19 Januari 2021 Jam 5.00 petag.

https://forms.gle/ihaz6gfboM1bKJgx5
  • Calon hendaklah memberikan maklumat yang lengkap, tepat dan benar dalam borang permohonan. Pelantikan boleh dibatalkan sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat tidak tepat dan tidak benar.
  • Permohonan yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, tidak lengkap, tidak benar dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
  • Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan ditemuduga secara atas talian.
  • Calon hendaklah sertakan salinan kad pengenalan, salinan Sijil Diploma Kejururawatan dan Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Jururawat di dalam format borang yang disediakan.

BERKAITAN: Iklan Kekosongan PDRM 2021

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.