Cara Memohon i-Citra RM5000 Melalui Online 15 Julai 2021

Cara Memohonan I-CITRA

Kerajaan sekali lagi mengumumkan pakej bantuan untuk rakyat di kala tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan. Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang terjejas ketika ini. Salah satu bantuan yang sangat dikehendaki ketika ini ialah pengeluaran simpanan wang KWSP daripada pencarum. Sama seperti i-Sinar dan i-Lestari, i-Citra adalah program bantuan pengeluaran mudah kepada semua pencarum tanpa syarat. Berikut adalah butiran cara memohon i-Citra KWSP yang perlu anda tahu.

Butiran Pengeluaran i-Citra 2021

Tarikh Permohonan Dibuka Tarikh Wang Dimasukkan
15 Julai – 31 Sept 2021 Bermula Ogos 2021

Permohonan i-Citra mulai dibuka pada 15 Julai 2021 melalui sistem online di laman rasmi KWSP yang disediakan. Manakalah pembayaran pula akan dibuat menjelang bulan Ogos 2021 dengan jumlah bayaran sebanyak RM1000 setiap bulan sehingga maksimum RM5000 bergantung kepada jumlah kelayakan wang pencarum.

Syarat Kelayakan i-Citra

  1. Semua ahli yang berumur di bawah 55 tahun ke bawah layak untuk memohon i-Citra dengan jumlah pengeluaran sehingga RM5000 dan tertakluk kepada jumlah baki akaun 1 dan 2.
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 pada tarikh permohonan dibuat.
  3. Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dikreditkan ke akaun yang didaftarkan semasa permohonan sehingga lima (5) bulan dengan bayaran bulanansebanyak RM1000 sebulan dan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
  4. Pastikan permohonan i-Citra melalui online meletakkan nombor telefon bimbit yang masih aktif kerana akan menerima Transaction Authorisation Code (TAC) bank peribadi untuk memudahkan proses permohonan.

Pautan Permohonan i-Citra 2021

https://www.kwsp.gov.my/en/home

Pautan rasmi cara memohon i-Citra akan dikongsikan setelah pihak KWSP membuka permohonan atas talian online. Sekiranya anda memerlukan panduan permohonan, boleh rujuk panduan permohonan i-Sinar di pautan ini; Cara Memohon i-Sinar Online

Sebarang pertanyaan mengenai cara permohonan i-Citra 2021, boleh merujuk laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi hotline i-Citra di talian 03-89224848 atau 03-89226000. Pastikan anda membuat panggilan pada isnin hingga jumaat pada Jam8:00 AM – Jam5:00 PM.

Cara Menebut e-Wallet Belia

3 comments

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.