Kerajaan Pakatan Harapan melalui satu sidang media khas selepas mesyuarat kabinet kedua telah mengumumkan bahawa BR1M tetap diteruskan tetapi nama telah ditukar kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR). Pemohon yang layak menerima BR1M sebelum ini disarankan membuat semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat melalui pautan yang disediakan di bawah.
Permohonan Dan Kemaskini BSH 2019
Tarikh dan Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019
Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa pemberian wang BSH fasa pertama akan dilaksanakan pada 28 Januari 2019 iaitu sebelum sambutan Tahun Baru Cina. Ia berikutan pertimbangan yang dilakukan oleh kerajaan PH demi meringankan beban rakyat khususnya golongan B40. Manakalah fasa kedua akan dibayar sebelum umat Islam menyambut hari raya aidilfitri tahun ini.
Menurutnya, pemberian tersebut diawalkan di samping masih menggunakan perisian lama (BR1M) yang sedang giat dilakukan pengemaskian dan naik taraf ketika ini.
Fasa 2 (28 Mei 2019) |
RM- |
Semua Kategori Isi Rumah Termasuk Anak Yang Layak |
Klik Semakan: https://bsh.hasil.gov.my/ |
Fasa 1 (28 Januari 2019) |
RM300 |
Semua Kategori Isi Rumah |
Klik Semakan: https://bsh.hasil.gov.my/ |
Pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 akan dibuat mulai 28 Januari 2019 bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2018.
Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
- Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia)
- Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
- Warga emas sebatang kara
Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
- Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia)
- Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan
- Bujang yang mempunyai tanggungan
Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa Pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan BSH 2019. Permohonan baru perlu dibuat ke pautan ini https://bsh.hasil.gov.my/ setelah diumumkan.
Kategori Isi Rumah Penerima BSH 2019
ISI RUMAH RM2000 KE BAWAH |
RM1000 |
-Warganegara dan menetap di Malaysia |
-Berkahwin dan ada tanggungan |
-Pendapatan kasar tidak melebihi RM2000 sebulan |
Permohonan Dan Kemaskini BSH 2019
ISI RUMAH RM2001 – RM3000 |
RM750 |
-Warganegara dan menetap di Malaysia |
-Berkahwin dan ada tanggungan |
-Pendapatan kasar isi rumah RM2001 hingga RM3000 |
Permohonan Dan Kemaskini BSH 2019
ISI RUMAH RM3001 – RM4000 |
RM500 |
-Warganegara Malaysia dan menetap dalam negara |
-Berkahwin dan ada tanggungan |
-Pendapatan kasar RM3001 hingga RM4000 |
Kerajaan Pakatan Harapan juga mengumumkan satu kategori baharu diperkenalkan bagi BSH bermula 2019 iaitu bantuan RM120 seorang kepada anak B40. Bantuan ini terhad kepada 4 orang anak sahaja dalam isi rumah.
KATEGORI ANAK B40 |
RM120 |
-Umur 18 tahun ke bawah |
-Bukan OKU |
-Isi rumah B40 terhad kepada 4 orang anak sahaja yang diberikan bantuan |
Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Dan Pesara 2019
Sekiranya pengguna menghadapi sebarang kesulitan sila hubungi terus ke talian Hotline BSHR:
1-800-88-2747
Waktu Operasi :
9.00 a.m hingga 5.00 p.m
Saya punya bsh lulus tp last tu cakap kat saya kod tidak berjaya .apa masalah ini sebenar saya nak tahu la