Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang diluluskan oleh kerajaan akan mulai disalur kepada penerima pada 26 Oktober ini. Bayaran BPN itu akan dikreditkan terus ke akaun penerima yang telah diluluskan. Inisiatif tersebut yang secara keseluruhanya berjumlah RM7.0 bilion akan disalurkan melalui dua fasa pembayaran. Fasa pertama bermula hujung Oktober dan fasa kedua bermula Januari 2021.
Bayaran fasa pertama BPN 2.0 akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima BPN sedia ada daripada kategori isi rumah dan individu bujang secara berperingkat mulai 26 Oktober 2020 (Isnin).
Buat Permohonan Dan Semak Status Permohonan BPN 2.0
Permohonan BPN 2.0 |
Semakan Status Permohonan BPN 2.0 |
Jumlah Bayara BPN 2.0 Mengikut Kategori
Pembayaran fasa pertama dan fasa kedua BPN 2.0 disalurkan seperti jadual di bawah. Jumlah penerima mengikut kategori adalah seperti berikut:
Kategori | Jumlah |
Isi Rumah RM4000 ke Bawah (B40) | RM1000 |
Individu Bujang RM2000 ke Bawah (B40) | RM500 |
Isi Rumah RM4001 – RM8000 (M40) | RM600 |
Individu Bujang RM2001 – RM4000 (M40) | RM300 |
Jadual Bayaran BPN 2.0 Mengikut Kategori
Jadual pembayaran mengikut kategori adalah seperti berikut:
Kategori B40
Bayaran Fasa Pertama
Kategori B40 | ||
Isi Rumah RM4000 ke Bawah | RM700 | 26 Okt 2020 |
Bujang RM2000 ke Bawah | RM350 | 26 Okt 2020 |
Bayaran Fasa Kedua
Kategori B40 | ||
Isi Rumah RM4000 ke Bawah | RM300 | Januari 2021 |
Bujang RM2000 ke Bawah | RM150 | Januari 2021 |
Kategori M40
Bayaran Fasa Pertama
Kategori M40 | ||
Isi Rumah RM4001 – RM 8000 | RM400 | 26 Okt 2020 |
Bujang RM2001 – RM4000 | RM200 | 26 Okt 2020 |
Bayaran Fasa Kedua
Kategori M40 | ||
Isi Rumah RM4001 – RM8000 | RM200 | Januari 2021 |
Bujang RM2001 – RM4000 | RM100 | Januari 2021 |
Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), mulai 26 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020. Penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akan bank akan turut menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama seperti di semenanjung Malaysia, manakalah penerima pedalaman Sabah dan sarawak yang tiada akaun bak, BPN 2.0 akan dibayar sekaligus bermula bulan Januari 2021 dengan bayaran tunai dibuat di lokasi-lokasi yang bakal diumumkan kelak.
Orang ramai diminka agar berhati-hati dengan scammer yang semakin berani mengambil kesempatan. Orang ramai dinasihatkan agar merujuk laman yang menyediakan info sahih atau terus ke laman rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.