Bayar Saman Melalui Aplikasi MyBayar Saman PDRM

bayar saman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah memperkenalkan aplikasi baharu untuk urusan bayar saman kepada seluruh rakyat Malaysia. Aplikasi itu telah dilancarkan pada 25 Mac 2021. Sempena pelancaran tersebut, PDRM akan membuat diskaun pembayaran saman sebanyak 50% seluruh negara mulai 25 Mac hingga 11 April 2021.

Muat Turun Aplikasi MyBayar Saman

Masuk pautan https://mybayar.rmp.gov.my/enĀ 

bayar saman

 

 

kemudian klik simbol aplikasi seperti gambar di bawah untuk muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Play.

Aplikasi MyBayar Saman menyediakan alternatif kepada pengguna untuk membuat pembayaran saman tanpa perlu melalui ke pejabat trafik dan balai polis. Ia seterusnya dapat meningkatkan efisyensi kepada jabatan trafik dalam menangani masalah pembayaran saman yang sesak, masalah sistem serta masalah saman yang tertunggak.

Ambilan Konstabel YA1 (Non Bumi) Dibuka Mac 2021

Aplikasi yang baharu dilancarkan ini diharap dapat diguna secara meluas ke seluruh negara untuk memudahkan urusan bayar saman. Walau bagaimanapun, pembayaran saman di jabatan trafik masih dibuka kepada penduduk yang tiada kemudahan internet dan urusan sebagainya.

One comment

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.