Bantuan RM300 Sabah Diumum Untuk Rakyat Terkesan PKP

bantuan rm300 sabah diumum

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) kali ini meskipun kelihatan longgar kerana masih banyak perniagaan dibenarkan beroperasi namun ia semestinya mengakibatkan beberapa kesan yang mendalam terhadap penduduk negeri Sabah. Ini kerana PKP kali ini melarang merentas daerah. Ia sesuatu yang bertentangan dengan kehendak penduduk terutamanya golongan peniaga yang saban hari bergantung dengan pemborongan dan pemasaran antara daerah. Namun kerajaan negeri Sabah tidak mengabaikan mereka apabila bantuan RM300 Sabah kepada penduduknya akan diberikan.

“Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, bantuan secara one-off ini disalurkan melalui pelaksanaan Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 dengan peruntukan berjumlah RM97.4 juta.” Bantuan ini bakal dinikmati kepada 324,661 orang penduduk yang berkelayakan. Berikut adalah senarai golongan yang layak memohon bantuan RM300.

Senarai Golongan Layak Mendapat Bantuan One Off RM300 Sabah

  1. Golongan e-Kasih B40
  2. Anak Yatim
  3. Warga Tua
  4. Orang Kurang Upayah (OKU)
  5. Ibu Tunggal
  6. Petani
  7. Nelayan
  8. Pekebun Kecil
  9. Penternak
  10. Pemandu Pelancong
  11. Malim Gunung
  12. Porters
  13. Penggiat Seni
  14. Pemandu Teksi
  15. Pemandu Bas
  16. Pemandu Lori dan
  17. Penjaja

Setakat ini, susulan pengumuman oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor tidak menyatakan mekanisme pelaksanaan bantuan tersebut namun difahamkan akan dilaksanakan oleh agensi yang terlibat. Hanya jawatankuasa Bantuan Prihatin Covid-19 akan membuat tindakan susulan mengumuman tersebut namun tidak menyatakan sama ada individu perlu membuat permohonan atau menunggu senarai yang diedarkan oleh jawatankuasa tersebut.

BERKAITAN: Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Sekiranya terdapat mekanisme permohonan bantuan RM300 Sabah tersebut dipaparkan, kami akan kongsikan butiran permohonan yang akan dinyatakan nanti. Info kerajaan akan sentiasa mengemaskini maklumat sebagai memudahkan penduduk mengambil tindakan.

Butiran Bantuan RM300 Sabah Covid-19

Tarikh Permohonan Dibuka Tarikh Permohonan Ditutup

Sekiranya ada pautan yang disediakan, pemohon boleh membuat permohonan melalui pautan yang disediakan di bawah

 

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.