Apa Itu PERMAI Pakej Bantuan Khas PKP 2.0 Tahun 2021

apa itu permai

Melalui pengumuman khas Perdana Menteri pada 18 Januari 2021, Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengumumkan program PERMAI sebagai satu lagi inisiatif kerajaan dalam mendepani situasi semasa yang sedang melanda negara. Oleh itu, sebanyak RM15 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk melaksanakan program PERMAI. Mungkin ramai yang tertanya mengenai maklumat terperinci program PERMAI yang diumumkan oleh kerajaan. Apa itu PERMAI? Disini, inforkerajaan.com akan kongsikan lebih terperinci intipati pengumuman khas PM pada hari ini.

Antara Inisiatif PERMAI

  • Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini
  • Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta
  • Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini
  • Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini
  • JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak
  • Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021
  • Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan
  • Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April
  • Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan sehingga 31 Mac
  • Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor
  • Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing
  • KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir
  • Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja
  • Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagang
  • Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500

Bantuan RM300 Negeri Sabah 2021

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.